Frequently asked questions. Soalan lazim yang ditanya oleh para peserta kepada kami.

Apa maksud Pakej Ground?

Pakej ground atau ground arrangement adalah pengurusan di luar negara sahaja, termasuk penginapan, pengangkutan, makanan, tiket lawatan & tour leader. Tidak termasuk tiket penerbangan, kos bagasi & travel insurance.

Apa maksud Pakej All-in?

Pakej all-in adalah pengurusan ground arrangement, termasuk tiket penerbangan. Tidak termasuk kos bagasi & travel insurance.

Apa maksud Pakej Backpacker?

Pakej backpacker adalah pakej berkonsep santai & fleksibel dengan kos pengangkutan yang rendah. Para peserta akan banyak berjalan kaki, menaiki tangga & menaiki pengangkutan awam seperti subway, tren & bas awam. Dapat menghayati suasana kehidupan rakyat biasa, namun menggunakan lebih tenaga peserta untuk mengembara menikmati pelbagai tarikan tempat-tempat lawatan. Sesuai untuk golongan muda & suka aktiviti yang adventure.

Apa maksud Pakej Berkenderaan?

Pakej berkenderaan yang kami sediakan adalah dengan menaiki van/coaster/bas (mengikut kesesuaian bilangan peserta). Pakej ini kebiasaannya bermula seawal jam 9 pagi & tamat pada jam 6 petang, mengikut waktu kerja biasa pemandu kenderaan (kebiasaannya warga tempatan). Sesuai untuk keluarga dan golongan yang berusia, juga sesuai untuk bayi & golongan muda yang mahu percutian santai & tidak melelahkan.

Berapa harga tiket penerbangan?

Pakej ground tidak termasuk tiket penerbangan. Peserta boleh memilih sama ada beli tiket penerbangan sendiri atau pihak kami akan tolong belikan, namun harga tiket penerbangan mengikut kadar semasa, sentiasa berubah-ubah & tiada jaminan pihak kami dapt membelikan tiket penerbangan dengan harga yang murah. Disyorkan beli tiket penerbangan sendiri ketika promosi tiket penerbangan diadakan untuk jaminan kepuasan anda.

Apa jenis penerbangan yang harus dipilih?

Kebiasaannya kami menggunakan Air Asia. Sila rujuk pihak kami untuk pilihan waktu penerbangan yang sesuai bagi memastikan keseragaman waktu dengan peserta lain. Namun, untuk pakej persendirian, terpulang kepada keselesaan anda untuk memilih mana-mana jenis penerbangan.

Musim apa yang sesuai?

  • Musim Bunga : pertengahan Mac, April, awal Mei
  • Musim Panas : pertengahan Mei, Jun, Julai, Ogos, awal September
  • Musim Luruh : pertengahan September, Oktober, awal November
  • Musim Sejuk : pertengahan November, Disember, Januari, Febuari, awal Mac

Ada soalan lagi?

Hantar soalan anda melalui borang di Hubungi.